Semoga Beroleh Manfaat!!

Tuesday, June 15, 2010

Cuba tengok ni..

                                         ROSAK...pagar KTMB yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Tiada kesedaran sivik dan kurangnya nilai murni di kalangan segelintir masyarakat menjadi faktor kes kecurian dan vandalisme membabitkan harta benda awam terus berlaku.

VANDALISME...papan tanda Stesen Komuter Angkasapuri yang dirosakkan. Saban hari, aktiviti tidak bermoral ini terus berlaku dengan kegiatan tidak berfaedah ini turut dihadapi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggarkan membelanjakan RM1.8 hingga RM2 juta setahun untuk memperbaiki dan mengganti kerosakan serta kecurian yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.


Sepanjang tahun lalu, 272 kes kecurian dan vandalisme dilaporkan dengan 137 tangkapan dilakukan polis bantuan KTMB. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini pula, 148 kes dilaporkan dengan 71 tangkapan oleh polis bantuan KTMB.

Apa la nak jadi dengan masyarakat kita pada hari ni kan?apa lg komen la..hehe

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..budi bahasa budaya kita:)